Review Tia Amelia ( Selama Tujuh tahun memakai Tia Amelia



I do not own this picture. :D

Cerita Tia Amelia bermula. Hana dah pakai Tia Amelia ni dah lama, since I was in Form 2 lagi. Sekarang dah masuk tahun yang ke tujuh Hana pakai Tia Amelia. Betapa time tu gatal tangan nak pakai sebab tengok ibu selalu je tukar - tukar produk kecantikan, so nak juga cuba. 


Akhirnya, selepas dipujuk, berjanji tak akan miss pakai Tia Amelia walaupun penat macam mana sekalipon, dapat juga la set Tia Amelia yang time tu juga tengak duk meletop - meletop jadi bualan si anak dara tua dan muda. Ehe! 


Hana beli set trial Tia Amelia, waktu tu harga dia, RM 90.00, diskaun tade. Haha. Beli pun kat toko-toko jamu, pas balik rumah je, excited bukak kotak Tia Amelia. Kat dalam kotak tu, ada Sabun pencuci muka dalam bentuk buku dua ketul tak silap (time tu sabun cecair die xbuat lagi, krim kunyit, krim pemutih dan krim siang (Ala - ala foundation gituu).Bila difikirkan balik, agak mahal la set Tia Amelia ni sebab bekasnya kecik aje, ciput cenonet.


Apa pun, first month pakai, dah nampak sangat perubahan kat muka. Muka Hana yang dahulunya seperti dayang mendung akhirnya jadi dayang cerah. Hahaha. Jerawat pun tak ada nak singgah-singgah, yang ada pun bila datang bulan tapi itupun kecik macam biji sawi je. Flawless je muka, selfie pon tak payah pakai camera 360 macam sekarang. Snap, upload je. Dan, dan yang paling best, kulit Hana tak bercampuk-campuk pun bila pakai makeup. Sapuan makeup pon xde yang terbabas-babas. Alhamdulillah.


Bila dah muka elok, kawan-kawan mula la bertanya, pakai apa. Bila sebut Tia Amelia, sume tepuk dahi sebab tak percaya, aku mude cenggitu pon dah pakai skincare macam orang tua. Haha. Ehh, bukan setakat kawan-kawan sekolah je tegur tapi makcik-makcik pon sakan duk bertanya pakai apa. Seronok bukan main aku ni. (Yoyo'o je)


Sebelum pakai Tia Amelia ni, muka Hana ni gelap ya ampunn.... Da macam sapu minyak arang kat muka, dengan berminyaknya, tengok muka sendiri pon macam nak lari je. Self Esteem time tu memang low to bottom laahaii... 

Kawan - kawan pon ada yang mengejek burok laa ape laa, memang mulut puaka juga depa ni sume. Nasib baik time tu Hana ni budak baik, orang kata apa pon, diam je. 


Tapi nak selit juga, Hana sebenarnya memang berkulit putih tetapi masa sekolah kulit jadi gelap sebab terlampau terdedah dengan matahari. Halnya kerana, Hana mempunyai kulit yang sensitive. Cepat terbakar dan alergi pada habuk. Hehe. Jadi nak juga beri notis peringatan, jangan taksub sangat menjadi putih bak snow white sebab setiap manusia sudah dilahirkan dengan warna kulit masing-masing. Maka bersyukurlah.(Malas nak tulis ayat-ayat saintipik sangat, tak gheti! Huhu)


Jadi, bila pakai Tia ni mula nampak perubahan yang amat ketara. Nak bagi tunjuk gambar, gambar time muda - muda dah buang. Hehe. 



Tapi nak selit cerita baru-baru ni, Hana ada cuba kosmetik baru, jenama Nourain sebab suka tengok perubahan yang sangat positif pada muka adik. Jerawat dekat muka adik Hana tu jadi makin kurang dan warna kulit dia pun makin sekata. Bila dan tengok tu, apalagi, kononnya nak tukar la juga. 


Sebelum mula pakai Nourain, Hana tunggu kulit Hana rehat dulu selama seminggu or lebih sebabnya nak bagi ruang pada Nourain untuk bertindak lebih cepat pada kulit Hana.Waktu tempoh pertukaran produk tu, Hana tidak mengalami apa masalah seperti jerawat mula timbul dan kulit menjadi kusam seperti yang Hana baca di komen-komen blog mengenai Tia Amelia Skincare ini. Mungkin itu bergantung juga pada kulit setiap orang. Wallahualam. =).


Back to story, ..... tukar laa produk Nourain tapi sedih yang amat! Bila pakai je, muka naik banyak sangat jerawat yang memang tak pernah naik pun dekat muka ni. Sekejap sangat time tu, pakai tak sampai 2 minggu terus naik jerawat macam cendawan selepas hujan. Lebih menyedihkan, bila saat tu memang down gila. Kulit kawan-kawan kat kelas tu, bersih suci aje tapi aku, macam World War iii aje! Nak menyesal pun tak boleh laa so cari la bermacam-macam produk kat luar tu nak hilangkan jerawat ni. Tak sangka, tak sesuai rupanya pakai Nourain. Jeles punya pasal akhirnya merana! Padan Muka!


Ibu pula duk pujuk pakai Tia Amelia balik tapi kononnya dah tak percaya dengan Tia dah, nak produk lain, tukar la, pakai sabun hijau. SABUN MARINE ESSENCE. 


Best wooo sabun ni, wangi amat dan sangat handal dalam menyingkirkan dan memudarkan parut jerawat or ape-ape parut pon kat badan. Sabun ni pun boleh buat badan kita bau sangat wangi. Serious best! 


tapi, haaa ade tapi? Kate best! -.-


Yang tak bestnya MARINE ESSENCE ni, mahal! Cepat habis! harga seketul sabun ni mencecah RM 35. Beli satu kotak dah harga RM 120. Tahan pon kejap sangat. Tak tahu la kalau penggunaan Hana ni over tak macam orang lain, so ape pon Hana stop la sebab macam tak mampu je. uhu!


Akhirnya, Hana mengaku kalah pada ibu yang tidak putus-putus memberi kata semangat untuk mula kembali hubungan yang setengah tahun terputus dengan Tia Amelia tersebut. Sedih pun ade. Haha.


Bila dah pakai, okay sangat dengan muka Hana. Kulit dah macam kembali normal. Jerawat yang diproduce oleh Nourain mula dipasarkan pada wajah Hana. Waktu jerawat keluar tu, Hana kira nampak perkara tu positive la sebab dia keluarkan semua jerawat yang duk dalam kulit Hana kan. So Hana teruskan aje Tia Amelia tampa memikirkan apa-apa yang buruk padanya. Ceewah! Kental!

 Masuk bulan yang pertama, Wallah! Alhamdulillah, semakin bersih kulit Hana. Nak nagis gembira je tapi mampu dalam hati je sebab legaa sangat Tia Amelia masih menjadi! 

Cumanya, penggunaannya agak leceh la. Sebab time malamnya, nak kena sapu krim pemutih dan krim kunyit kat muka. Melekit juga la rasanya and buat muka kita sedikit berpeluh. Paling sakit hati bila sapu krim kunyit pada jerawat. Apa taknya, habis kuning bantal esok hari sebab krim kunyit melekat pada bantal. Tapi JANGAN RISAU, IANYA BERBALOI-BALOI! Krim siang dia, tak mampu menutup cela seperti mana heavy foundation lain. Hana jadikan krim siang Tia Amelia sebagai bedak asas sahaja lepas tu Hana sapu Maybelline BB Cream code Fresh. Ringan je, sesuai buat pergi kelas. 


Hana kena banyak bersabar juga la guna Tia Amelia sebab proses dia heal muka Hana ni dalam normal speed. (LOL) Maksudnya tidak terlalu cepat macam sesetengah produk yang menjanjikan kesan seawal 24 jam! dan tidak terlalu lambat macam pakai pencuci Fair & Lovely, pakai 2 tahun pun tak putih-putih!(hanya pada pendapat Hana sahaja) 


Konklusinya, Tia Amelia bukanlah satu produk yang tidak bagus. Cuma mungkin setiap kulit kita berlainan. Yang penting, jangan putus asa dalam mencari produk yang sesuai dengan muka kita. :) hehe. 





p/s: I am not a beauty expert. I am just giving an honest review here. I bought Tia Amelia with my own money and the review I wrote was based on my years of experiences with Tia Amelia. Thanks. ^_^

9 comments:

  1. Salam sis hana..mcm kak jugak pakai tia amelia dh lama..since 1 day..gatai nak try produk bru..pakai pakai terus jd terbakar dan muka terok sgt..menggelupas..la ni dok mimpi tia amelia balik..kesian kat dia kan...kak tggai benda yg baik utk kita...hahahahha

    ReplyDelete
  2. Salam sis hana..mcm kak jugak pakai tia amelia dh lama..since 1 day..gatai nak try produk bru..pakai pakai terus jd terbakar dan muka terok sgt..menggelupas..la ni dok mimpi tia amelia balik..kesian kat dia kan...kak tggai benda yg baik utk kita...hahahahha

    ReplyDelete
  3. Salam sis hana...samalah mcm akk...pkai tia punyalah lma....gatal sgt nk g tukar ke nour ain...naik jerawatlah...huhu
    Skrg back to tia smula....

    ReplyDelete
  4. Tp bergantung pd skin seseorg....akk x kta nour ain tu xbaik...mgkin pd akk je x sesuai...org lain pkai ok je...pe2 pun jgn mudah terpedaya...klo dah mmg elok dgn brand yg pkai skrg...xyah tukar2...lain org lain resultnya...kannnn

    ReplyDelete
  5. Tp bergantung pd skin seseorg....akk x kta nour ain tu xbaik...mgkin pd akk je x sesuai...org lain pkai ok je...pe2 pun jgn mudah terpedaya...klo dah mmg elok dgn brand yg pkai skrg...xyah tukar2...lain org lain resultnya...kannnn

    ReplyDelete
  6. hi awak. nak tanya, still pakai tia tak? how was it ok tak? hehe teringin nk cuba

    ReplyDelete
  7. Hana msih gne tia emilia ke? Akk ni du gne dnars..tpi seb krim mlm tu ktenye mgndungi bhn tlrng..uwarghhhh akk stop.the gne sfi rania gold..tpi hmpehhh sgala whithe head n blck head ni tmbul smue.xjdi cun mcm cek ta n nora danish pon..ikln je lbih..nipu plk tu.da gne dekt sthun,tpi bukn jdi ok..jdi mke kusn lk nih..sedihhhh

    Tgok biras akk gne tia emilia..mboiii mke floles la skg...jeles!

    ReplyDelete
  8. Hai sis. Tak sengaja terbaca ur writing. Sy pn pengguna tia amelia dah lebih 10 tahun. Tia mmg sesuai dgn kulit sy agaknya sebab dah lama pakai dari sekolah. Dulu mmg konsisten pakai 1 set, tp skarang guna sabun and krim kunyit nya je, yg lain dah malas pakai. Still puas hati walaupun pakai krim kunyit nye sahaja pun kulit alhamdulillah oke.

    ReplyDelete

Apa komen awak?