Assalamualaikum semua, hi! Hari ini Hana nak review pasal LUFFIYA SKINCARE pula. Hehe.
Luffiya Skincare ni, kalau nak cakap viral, tak viral pun macam sesetengah produk tu, keluarkan sehari, habis satu dunia dia canang bagus. Padahal kulit awak tu, dijadikan test lab je. Sedih kan? Akhirnya kulit pula rosak. Hmmm...
Bila dah jadi macam tu, sama - samalah kita merawat kulit yang rosak tu ya?
Okay, bercerita pasal Luffiya skincare.
Luffiya skincare ni ada macam - macam jenis produk. Dari skincare sampailah ke suplemen cantik. Tapi alhamdulillah semua bagus - bagus.
Hana nak cerita siket mengenai set skincare Luffiya. Hana akan senaraikan satu persatu yang Hana sendiri pakai okay.
SABUN ALOE VERA
Sesuai untuk semua jenis kulit
Melembabkan, melicinkan dan menyegarkan kulit
Mencerahkan kulit
My two cents : Ini sabun yang Hana sendiri pakai. Memang dijamin tak menegangkan atau memedihkan kulit. Dan paling seronok, sabun ni boleh pudarkan parut juga tau!
LUFFIYA WHITENING TONER
Mencerahkan kulit
Membuang sel kulit mati
Sesuai untuk kulit sensitive dan normal
Tidak memedihkan kulit
My two cents : Okay, ini toner Luffiya. Hana pakai ni seminggu sekali je. Kenapa?! Haha. Toner ni okay, tapi bagi Hana toner ni memang akan buat muka awak tu cerah sangat sebab memang tanggal habis kulit - kulit mati kat muka tu. Jadi untuk tak nampak macam dayang senandung, Hana pakai seminggu sekali je toner ni. Dan untuk kulit sensitive macam Hana, Hana belum mengalami pedih muka lagi kalau sapu toner ni.
NIGHT CREAM 1 : KRIM SARANG BURUNG LUFFIYA
Memulihkan struktur kulit
Menstabilkan pH kulit
Mencerahkan kulit dan tompok hitam
Merawat jeragat
Mengecilkan liang roma
Melembabkan kulit
My two cents: Krim ni, kalau muka sedang berjerawat sebab datang bulan dan masih merah, disarankan untuk skip krim ni sampai jerawat tu dah kering. Dan perlu diingatkan untuk sapu nipis - nipis saja.
NIGHT CREAM 2 : KRIM KUNYIT LUFFIYA
Mencerahkan kulit kusam dan gelap
Mengurangkan jerawat
Memudarkan bekas jerawat dan jeragat
My two cents : Krim kunyit ni sangat pekat. Pekat dia memang tak sama dengan krim kunyit yang lain dan kadang - kadang stain your face a bit. Dah macam pakai pure kunyit je kat muka bila tempek krim ni but this cream really does what it claims. Cuma perlu kesabaran yang tinggi untuk this thing to work on your face.
PRICES
Okay here's the thing, jangan terkejut ya.
LUFFIYA SET LENGKAP KECIL : RM 140 (subject to be changed)
LUFFIYA SET LENGKAP BESAR : RM 200 (subject to be changed)
Ok sambung cerita Hana dan Luffiya Skincare :
Setelah kebosanan pakai Tia amelia, Hana beralih pada LUFFIYA SKINCARE dan sudah hampir setahun Hana guna produk ni.
Alhamdulillah sangat! Best sangat - sangat!
Dulu muka Hana kusam sebab duduk Melaka ni panas dia lain macam sikit. Panas dia sampai buat muka Hana berbelang hitam. Encik tunang, yang masa tu baru bercinta dengan dia pun, kata muka kita tak cantik! Jujur sangat pulak laa dia kan? Sedih sangat.
So Hana terjumpa dengan skincare ni through ibu Hana sendiri. Dia gigih juga la tak nak anak dia ni tak cantik sebab dia dah jumpa bakal menantu yang dia berkenan... Kononnya, tak nak si tunang ni dulu cari lain. Haha. Hadoii,
Jadi mula - mula tu macam tak nak la pakai sebab mahal sangat satu set Luffiya ni! Sampai beratus - ratus. Rasa macam sesak nafas je dengar harga dia. Mana taknya, satu set kecil je dah makan RM 150.
Tapi sebab kasih ibu ni tak berbelah bahagi, dia beli juga untuk Hana walaupun tak nak sebenarnya. So Hana try la dulu untuk sebulan, muka tak jadi apa. Memang tak ada effect langsung pakai, macam tu juga. Hana pun tanya ibu, betul ke menjadi produk ni? Dah sebulan dah ni.
Ibu pun whatsapp agent luffiya ni, agent tu dengan baik hati dan gelak kecil siket-siket, dia pun cakap
dik sabar ya dik, luffiya ni memang natural produk dik, effect dia memang slow. orang pakai 6 bulan baru nampak kesan. Yang penting adik jangan putus asa pakai ya.
dengar tu, Hana rasa macam... Hmmm, kalau dah agent cakap macam tu, teruskan je la, lagi satu sebab memikirkan kulit agent tu memang cantik sangat - sangat, Hana gigih teruskan juga pemakaian Luffiya ni.
Lepas 3 bulan! Okay, 3 bulan! Barulah Hana dapat result yang macam testimoni Luffiya tu tau! Haa, rasa - rasa Hana memang betullah skincare Luffiya ni terbaik gila!!
Kulit bersih je tau, sampai kawan - kawan duk tanya - tanya Hana pakai apa. Haha. Serious cakap, memang best sangat pakai.
Ni hasilnya.
Okay, gemuk siket, tapi seriously, muka Hana alhamdulillah tak ada masalah kusam dah. Memang Hana akan terus pakai Luffiya ni, walaupun kadang - kadang terskip juga pakai.
Oh ya! Disebabkan sekarang ni viralkan produk - produk yang KKM haramkan tu kan?
Jangan risau, Luffiya tak ada such thing tau sebab memang Hana test sendiri produk ni. Setakat ni, memang tak ada masalah langsung, even pernah Hana terskip hampir sebulan sebab memandangkan harga dia tersangatlah mahal. HoHoHo. Muka Hana tak naik pape pun, sama ada jerawat ke, nanah ke, ruam ke ape ke, memang tak ada. Sebab produknya memang tak ada bahan - bahan beracun.
Jangan risau tau, terskip ke, terstop terus ke ape ke, Luffiya memang tak buat muka awak teruk.
Ala cakap macam tu memang lah boleh kan. Jangan risau, Hana da klipkan sekali KKM. Retreived on 14 April 2017 haa..
Kalau awak semua nak beli, sila lah ke hq Luffiya sendiri ataupun beli dengan Agent sah mereka. Kalau tanya Hana kat kedai ada jual tak Luffiya?
JAWAPAN DIA : LUFFIYA TAK DIJUAL DI KEDAI, HANYA ONLINE DAN MENERUSI AGEN - AGEN BERDAFTAR SAHAJA.
Ini Hana dah senaraikan mana awak semua boleh dapatkan skincare ni ya :
Home / review
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts
MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION REVIEW
Hye ladies. I am back.
Okay, I don't know where to start but Finally for the first time! I found my perfect foundation. *clap.clap.clap*
FOUNDATION APA?
credit to Merve
Okay, since school sampailah universiti. Hana memang susah nak cari foundation yang sesuai dengan kulit. Selalu mesti tak matching la, terlalu dry la, muka nampak bercampuk - campuk bila pakai and ada juga yang bila pakai terbanyak siket, muka terus jadi berlengaih. ( melekit ) eeeeee~ ngeri gile.
Hana dah ended up trying few products. Sebut je Jah. foundation magic ikut warna kulit pon, Hana dah pernah try. Result? Hmmm... Menangis. Sebab habis beratus kot tapi hasil tak menjadi pon.
Sampailah Hana jumpa foundation meriah macam pelangi ni. Haahaha! Overnya!
Merve Full Coverage Foundation with Superfruits!!
Tengok nama pon dah mewah dahh. Macam produk overseas je gayanya tapi ketahuilah anda, it's 100% local product. Bangga la siket, anak watan kita yang keluarkan produk macam ni oii.
Okay, first Hana akan cerita dulu, how I ended up buying this foundation?
One day, masa duk syok scrolling Facebook, terjumpa la posts pasal Merve ni. Masa tu Merve Cosmetics ni baru je dilancarkan. Time tu, ye la, stalk-stalk la dulu. Best ke product ni?
Sumpah, masa pertama kali tengok tu, I thought the product from Indonesia since model yang ambil gambar dengan produk tu sume orang putih and seeing the founder wearing bold and eye-catching clothes kan. Tapi rupa-rupanya Puan Joy ni orang mesia kita je. Huhu.
Then, macam interested pulak tengok produk die yang comel and ala - ala fairytales ni. Geram je. Terdetik juga kat hati macam, " I must get this product on hands." ... macam cita - cita pon ada.
Tapiii bila tengok harga, macam nak pengsan pon ade. Haha. Standard juga harganya. So hold dulu, sampailah Hana buat Latihan Industri. Masa tu, Hana sibuk sangat tanya kawan - kawan LI, foundation apa yang bagus sebab Hana tengah cari foundation sangat - sangat ni. Banyak juga cadangannya tapi still warna foundation tu tak sesuai sangat dengan kulit Hana.
Akhirnya, Hana bukak balik Facebook, cari Merve stokis Terengganu. Mak aii, payah juga sebenarnya nak cari Merve ni sebab toko jamu/kedai kosmetik biasa tak amik Merve ni. Jumpalah akak kat area tempat Hana tu yang jual Merve ni. Masalah timbul pulak bila Hana tak boleh pergi kedai dia sebab tengah kerja an. Tambah pulak, hari jumaat yang hari Hana cuti tu, kedai akak tu pulak tutup. Aduhh.. Punyalah payah nak membeli.
Bila dah dapat kat tangan, rasa mengeletar juga tangan sebab bukan beli foundation je, terrrbeli jugak serum MELETUP dia!! Hana oi Hana oi! Hilang akai ka?!!
Tapi~ Tapi~ Tapi~
masya-Allah bestnya foundation ni. Very different! In every single way! Tak sama langsung dengan produk lokal lain. Serious!
Packaging dia, bau foundation, struktur foundation, everything! BEST SANGAT! ( Sumpah tak propa langsung, sebab Hana pakai okay!)
My experience.
Tak likat, tak kering jugak. Bila calit tu, struktur dia ringan dan tak rasa berat. Langsung! Tak tahulah orang macam mana, tapi kadang - kadang foundation lain, bila kita calit, rasa macam ada mende je yang lekat kat kulit kita. Rasa macam.... Entah, melekit gitu. Hana memang pantang gila bila rasa foundation tu berat kat muka. Rasa menyampah pon ada. Tapi, alhamdulillah, dah banyak kali pakai Merve tapi langsung tak pernah terbeban dengan foundation ni. Ringan oii..
Okay yang ni, best gile vavi! Haa, ambek kau! Hahaha. Best apanya? Best sebab foundation ni finishing dye matte! Tak nampak macam disco ball langsung!
"Jah, apa yang bestnya jah, kita nak nampak glowing lah! Kita nak glowing macam heroin descendant of the sun tuhhh" *slip tudung raya*
Ish! Apa pulak, kau ni tinggal kat mana? Kat antartika ke? Sejuk macam ais beku? Kau pakai foundation yang glow-glow ni nanti muka kau tu, macam kau siram minyak masak tahu! Haaa, nak glowing la sangat. Duduk mesia panas bagai nak rak. Ada hati nak glowing - glowing. *hakak pakai Merve*
Haha. Yang ni langsung Hana tak tipu sebab bila once kita sapu foundation ni, automatik dia akan blend dengan sempurna kat muka. Nampak macam you wear you own skin! Sape tak suka oiii?
Nanti bila memercik peluh tu, make up nampak glow semula jadi tau! Jangan jadi orang yang pakai foundation glow + peluh + panas = minyak masak. ( Hohoho, my opinion )
Yang ini, since Hana kerja lapan jam. Kira dari pukul 9 pagi sampai la 6 petang. Make up Hana masih standing still. Alhamdulillah. Padahal aku calit - calit manja je kat kulit haa.Haha.
And for your information!
Foundation ni ada banyak sangat function dia! Macam nak nagis je kalau nak cerita. Sebab terlampau banyak khasiatnya.
Foundation ni ada banyak sangat function dia! Macam nak nagis je kalau nak cerita. Sebab terlampau banyak khasiatnya.
mudahkan? Kalau kita keluar, tak perlu kita tampal banyak - banyak benda atas muka sebab in one foundation, you can get everything!
Price (subject to change)
PENINSULAR : RM 105.00SABAH/SARAWAK : RM 115.00
Chriszen Aloe and Rice 98% Intense Moisturizer Gel Review ( Unsponsered )
Okay, kali ni I'm going to review on a very great product from Chriszen.
Chriszen ni believe it or not, is a local product tau. Yep, Hana sendiri macam kejut jap sebab products dye banyak resembles Korean Cosmetics. Tapi apa yang bestnya tentang Chriszen ni, all their products sangat sesuai dengan weather Malaysia yang panas dan lembab. Jadi bila kita apply apa - apa krim atau kosmetik dari luar negara, kulit kita akan cepat berpeluh dan berminyak.
Ini masalah yang selalu timbul bila kita guna produk luar negara yang langsung tak sesuai dengan cuaca negara kita. ( some of them )
Sebab itu, adalah sangat dan amat disarankan untuk kita choose products wisely.
( Yeah, I always support local products )
Good news! Product ni sangat - sangat sesuai dengan cuaca Malaysia. No more, muka kerut - kerut sebab tak selesa! Huhu
Good news! Product ni sangat - sangat sesuai dengan cuaca Malaysia. No more, muka kerut - kerut sebab tak selesa! Huhu
Okay, kulit Hana tergolong dalam kulit yang sensitive. Kulit cepat merah bila kena panas and selalu rasa gatal sebab kulit kadang - kadang jadi kering. Rimas tu tak payah cerita. Sedih nong! Hana tak tahu nak buat macam mana lagi dah.
Sampailah satu hari, my skin got irritated so bad! Habis satu muka naik ruam kecik - kecik. Pening kepala sebab dua minggu lagi nak raya oii. Muka dah teruk ni. Sampai nak selfie pon tak sanggup.
I won't provide any picture sorry!
So Hana cakap kat ibu, tak boleh jadi ni, kena cari solution jugak ni. So then, we went to our regular kedai toko jamu around my area. Masuk kedai tu, tak tahu nak beli apa nak pulak. Sampailah, seller tu tunjuk Chriszen Aloe and Rice moisturizer tu.
Dia cakap elok sangat untu muka ruam Hana ni. Mula - mula rambang mata juga, sebab ada banyak brands kat depan mata nih. Tapi last - last Hana angkat gak chriszen sebab.... ( sila tengok pro and cons )
And guess what, Hana sapu time siang je tau! Siang je! Dalam masa empat hari, licin terus muka! Licin macam baby kau! ( Exaggerate jap! Hahaha) haaa...
Since then, Hana memang sentiasa pakai chriszen ni. Kejap - kejap apply sebab bila apply tu muka rasa sejuuuk je, rasa fresh!
Ala Hana ni cakap banyak je. Banyak je aloe vera jenama lain. Sama je fungsinye. Eh-Eh-Eh! Awak silap! Chriszen ni ada aloe vera dan rice milk tahu! Haa, dua benefits in one! Mana kau nak cari?
the ingredient list and information for the product.
Since then, Hana memang sentiasa pakai chriszen ni. Kejap - kejap apply sebab bila apply tu muka rasa sejuuuk je, rasa fresh!
Ala Hana ni cakap banyak je. Banyak je aloe vera jenama lain. Sama je fungsinye. Eh-Eh-Eh! Awak silap! Chriszen ni ada aloe vera dan rice milk tahu! Haa, dua benefits in one! Mana kau nak cari?
Aloe Vera benefits
melembabkan kulit kepala, rambut,
mengembalikan kesihatan rambut rosak.
memperbaiki kulit yang rosak, kulit berjerawat, kulit sun-burn
mengurangkan keradangan kulit
memulihkan luka
Rice milk benefits
mengurangkan blackheads
melawan jerawat
mengurangkan minyak di wajah
mengurangkan keradangan kulit
mengecilkan pori
mengurangkan parut
mencerahkan kulit
Pros :
Tak melekit
Sejuk bila pakai
Can be applied before makeup as base
Cons:
lambat kering bila sapu
Kalau ikutkan, orang jepun purba dulu kulit dia semua cantik - cantik sebab dieorang hari - hari basuh muka dengan air beras. Sekarang depa duk tepek SK-II kat muka, tapi kau hado ke duit banyak tu nak beli tiap - tiap bulan haa? So this is the best choice! Nak - nak yang remaja pun boleh pakai. Hoho.
Lagipun, bagi Hana, this the must product in every home sebab gel ni sangat versatile. Dia boleh guna kat mana - mana je. All over body. So nanti kalau emergency, terus grab je gel ni. Mudah dan selamat. Harga pun tak mahal mana. Seisi keluarga boleh guna.
the ingredient list and information for the product.
Ingredients
Aqua, Glycerin, Propylene Glycol, Butylene Glycol, Carbomer, Triethanolamine, Diazolidinyl Urea, Allantoin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Aloe Veral leaf Extract ( Aloe barbadensis leaf Extract ), Fragrance
Product Efficiency
Moisture replenishment, after-sun repair, skin nourishing
Product Description
An effective moisturizer for skin burn, pregnancy stretch marks and wounds. It aids in preventing dark spots and scars. Providing wound healing and anti-inflammatory properties that reduce skin inflammation. It helps in healing quickly and the text got blurred up with the expired stamp. However it is also helps in treating the chronic skin problems such as psoriasis, acne and eczema.
Harga
Semenanjung : RM 28.90
Sabah & Sarawak : RM 32.00
Spotify Review After A Year Detailed Post Updated( Malaysia )
So as everyone knows about Spotify, it is an app yang provides free music streaming via WIFI or Mobile data.
As far as I'm using it with a premium account, what I can say is ' It's so worth it!' I can stream almost every song I want without having difficulties to download it anywhere else, all I need to do is tap on the search navigation and WALLAH! you have your songs.
What's your benefit with Premium Spotify? Duhh, It clears all the shitty ads that come with the songs you stream. So you can enjoy a smooth, ads free streaming. I hate all the ads as much I hate radio.
I can Bluetooth my songs straight to my car's media player as simple as ABC as long as you set up the Bluetooth connection on to "connect to a device" settings.
enough with the english! Berapa bayarannya?
okay tengok :
What's your benefit with Premium Spotify? Duhh, It clears all the shitty ads that come with the songs you stream. So you can enjoy a smooth, ads free streaming. I hate all the ads as much I hate radio.
I can Bluetooth my songs straight to my car's media player as simple as ABC as long as you set up the Bluetooth connection on to "connect to a device" settings.
enough with the english! Berapa bayarannya?
okay tengok :
RM 14.90 a month.
Eyyyy! Mahal siott...
bagi Hana yang memang guna spotify ni 24/7 memang rasa berbaloi amat lah.
So macam mana nak bayar? As usual guna Google Wallet. Aku prefer die deduct terus dari account Hana. Senang xpayah fikir. Just sit back and enjoy.
Kenapa aku bersusah payah perlukan spotify? Downloadkan free...
Pertama
Hana tak suka bila lagu yang Hana dengar tu dikurangkan byte-nya. Nanti bunyi dia tak seronok. Kalau tak faham, nampaknya awak langsung tak menghargai musik yang sebenar. Asal dengar je an.
Kedua
Seperti Hana nyatakan di atas. Hana suka dengar lagu tanpa ada iklan yang merapu macam radio. Semak. Kita nak dengar lagu bukan dengar iklan.
Ketiga
Hana suka lagu yang updated. Macam spotify, before masuk radio, dyeorang dah update dengan lagu - lagu baru. So Hana rasa lebih ke depan berbanding orang lain. Haha.
Keempat
Kita akan ada kuasa untuk memilih lagu dari inventori kita sesuka hati. Means, NO SHUFFLE! Kan seronok, boleh ikut mood je nak main lagu mane. Hana, kadang - kadang lagu belum sempat habis dah tukar lagu. LULZ.
Kelima
Dah boleh peek lagu sebelah. Bukan peek lagu sebelah je. Boleh tengok dan play sesuka hati lagu yang berkenan. Swap la sampai patah jari pon boleh!
so conclusion
monthly : RM 14.90 (ada package family, boleh kongsi dua )
rating : 4/5 stars
Songs Availability : 80% ( Taylor Swift memang out dah~ ade pon kat iTunes je )
Review Laneige BB Cushion (Pore Control)
Alkisahnya Hana bawa adik cari Laneige kat Parkson Mahkota Parade, dia nak sangat pakai BB Cushion ni sejak dia tengok promotion pasal mende alah ni kat Go Shop. Hana cakap la lebih baik kita pergi beli sendiri daripada beli kat Go Shop, kang tak sesuai dengan kulit kita... Maka pemburuan bermula sebaik sahaja kami sampai ke Melaka. Sampai aje terus pergi beli dekat Parkson Mahkota Parade. Boleh la cari Laneige BB Cushion ni di bahagian kaunter Laneige dan dengar la siket-siket apa yang dia duk bercerita pasal BB Cushion ni.
Selamatlah satu pembayaran Laneige BB Cushion di Kaunter Parkson.
Harga : RM 159 ( Dapat kupon Parkson RM20)
Code : P21 ( Pink Beige)
Code : P21 ( Pink Beige)
*comes with a free refill.
Okay, mari mulakan review Laneige BB Cushion ni.
Texture
Texture die agak cair macam BB krim yang lain tapi dengan a hit of cool feel when applied on face. Apa tu soothing effect? Soothing Effect ni ala-ala agen penyejuk la bila disapu pada muka. Bila Hana tempek kat muka tu, rasa sejuk jee kat muka. Best je rasa. Kalau kita penat ke, lepas solat ke, nak touch up makeup kat muka rasa macam tak sabar-sabar je sebab rasa sejuk je bila sapu kat muka. Kira kita refresh balik la kulit kita yang penat tu.
Water Resistance
Daya ketahanan terhadap air. Hmm, yang ni memang Hana boleh bagi A la kot dekat BB Cushion ni sebab memang water resistance. Tak mudah luntur pun walaupun duk berjam-jam tengah panas. Makin dewy je muka. Tak bercampuk. So win sangat la kalau pakai BB ni bila nak jalan jauh-jauh and bagi yang malas nak touch up muka banyak kali. Makanya bila nak solat atau nak tidur, mohon cari Makeup Removal untuk tanggalkan segala kotoran pada wajah. Tak pasal-pasal naik jerawat batu pulak! (psst, best pakai kalau tengah datang bulan)
Pore Coverage and Pore Control
Yang ini Hana tak boleh nak review sangat sebab kulit Hana tak ada pore yang besar dan serius. Jadi Hana nak tekankan pada kulit yang mempunyai pore yang halus sahaja. Bagi penutupan pore yang halus, memang tertutup habis la. Hana dap siket aje pun dah cukup untuk tutup pore dekat muka Hana ni. Kalau pore yang agak besar tu mungkin perlu dab banyak siket kot kat muka. Mengenai pore control, Hana belum nampak lagi la kalau bab controlling pore ni, kena pakai lama siket baru boleh nampak kesannya. So nanti Hana update.
Semi-matte Finish.
Yang ini verdict siket sebab ia mengikut jenis kulit juga sebab adik Hana ni kulitnya sedikit oily jadi bila pakai tu nampak glow lebih siket daripada Hana yang berkulit normal ni. Jadi kalau yang kulitnya oily tu, Hana sarankan dust off siket loose powder dekat muka baru nampak kemas dan tak over shining. After few hours, Hana bole nampak BB Cushion ni sedikit berminyak pada muka tetapi macam Hana cakap tadi, it doesn't make you look cakey but more to dewy-look like. Pokoknya, Hana sarankan bawa travel sekali dengan oil blotting paper.
UV Protection
Ramai yang tak tahu yang kalau kita nak awet muda, kita perlu dan mesti lindungi kulit kita daripada sinaran UV sebab sinaran UV ni sangat membahayakan kulit. Silap hari bulan boleh dapat kanser kulit jikalau terdedah dengan UV terlalu lama. Dengan BB Cushion ni, tak perlulah kita beli krim UV yang lain sebab ia sudah didatangi dengan UV Protection. Dah jimat duit kat situ. Hehe.
Color
BB Cushion ni hadir dengan variasi warna yang banyak. Semua sesuai untuk kulit Asia macam kita ni. Yang paling best, BB cushion ni keluarkan color dalam pelbagai undertone. Apa tu undertone, mohon google sendiri or nanti Hana akan cerita apa itu undertone. Nak sembang disini,panjang pulak post entry ni. Hana pilih warna Beige dengan pink undertone. Kenapa?! Ia lebih nampak natural pada kulit dan dapat mengurangkan kulit yang kemerahan dengan jayanya. Code ini baru sahaja dikeluarkan Laneige.
Konklusi
Secara overall, Hana sangat gembira dengan produk ni sebabnya ia didatangkan dengan refill free! Mengenai puff BB Cushion ni, Kita perlu basuh hari-hari supaya bakteria yang ada pada puff tu tak melekat pada muka kita. Leceh? Hmm, agaklaa... tapi cuba fikir, sapuan die memang best sangat dan ia tahan lama pada muka. setakat tenyeh siket dengan air bersih tu ape la sangat kan? Hehe.
Review Tia Amelia ( Selama Tujuh tahun memakai Tia Amelia
I do not own this picture. :D
Cerita Tia Amelia bermula. Hana dah pakai Tia Amelia ni dah lama, since I was in Form 2 lagi. Sekarang dah masuk tahun yang ke tujuh Hana pakai Tia Amelia. Betapa time tu gatal tangan nak pakai sebab tengok ibu selalu je tukar - tukar produk kecantikan, so nak juga cuba.
Akhirnya, selepas dipujuk, berjanji tak akan miss pakai Tia Amelia walaupun penat macam mana sekalipon, dapat juga la set Tia Amelia yang time tu juga tengak duk meletop - meletop jadi bualan si anak dara tua dan muda. Ehe!
Hana beli set trial Tia Amelia, waktu tu harga dia, RM 90.00, diskaun tade. Haha. Beli pun kat toko-toko jamu, pas balik rumah je, excited bukak kotak Tia Amelia. Kat dalam kotak tu, ada Sabun pencuci muka dalam bentuk buku dua ketul tak silap (time tu sabun cecair die xbuat lagi, krim kunyit, krim pemutih dan krim siang (Ala - ala foundation gituu).Bila difikirkan balik, agak mahal la set Tia Amelia ni sebab bekasnya kecik aje, ciput cenonet.
Apa pun, first month pakai, dah nampak sangat perubahan kat muka. Muka Hana yang dahulunya seperti dayang mendung akhirnya jadi dayang cerah. Hahaha. Jerawat pun tak ada nak singgah-singgah, yang ada pun bila datang bulan tapi itupun kecik macam biji sawi je. Flawless je muka, selfie pon tak payah pakai camera 360 macam sekarang. Snap, upload je. Dan, dan yang paling best, kulit Hana tak bercampuk-campuk pun bila pakai makeup. Sapuan makeup pon xde yang terbabas-babas. Alhamdulillah.
Bila dah muka elok, kawan-kawan mula la bertanya, pakai apa. Bila sebut Tia Amelia, sume tepuk dahi sebab tak percaya, aku mude cenggitu pon dah pakai skincare macam orang tua. Haha. Ehh, bukan setakat kawan-kawan sekolah je tegur tapi makcik-makcik pon sakan duk bertanya pakai apa. Seronok bukan main aku ni. (Yoyo'o je)
Sebelum pakai Tia Amelia ni, muka Hana ni gelap ya ampunn.... Da macam sapu minyak arang kat muka, dengan berminyaknya, tengok muka sendiri pon macam nak lari je. Self Esteem time tu memang low to bottom laahaii...
Kawan - kawan pon ada yang mengejek burok laa ape laa, memang mulut puaka juga depa ni sume. Nasib baik time tu Hana ni budak baik, orang kata apa pon, diam je.
Tapi nak selit juga, Hana sebenarnya memang berkulit putih tetapi masa sekolah kulit jadi gelap sebab terlampau terdedah dengan matahari. Halnya kerana, Hana mempunyai kulit yang sensitive. Cepat terbakar dan alergi pada habuk. Hehe. Jadi nak juga beri notis peringatan, jangan taksub sangat menjadi putih bak snow white sebab setiap manusia sudah dilahirkan dengan warna kulit masing-masing. Maka bersyukurlah.(Malas nak tulis ayat-ayat saintipik sangat, tak gheti! Huhu)
Jadi, bila pakai Tia ni mula nampak perubahan yang amat ketara. Nak bagi tunjuk gambar, gambar time muda - muda dah buang. Hehe.
Tapi nak selit cerita baru-baru ni, Hana ada cuba kosmetik baru, jenama Nourain sebab suka tengok perubahan yang sangat positif pada muka adik. Jerawat dekat muka adik Hana tu jadi makin kurang dan warna kulit dia pun makin sekata. Bila dan tengok tu, apalagi, kononnya nak tukar la juga.
Sebelum mula pakai Nourain, Hana tunggu kulit Hana rehat dulu selama seminggu or lebih sebabnya nak bagi ruang pada Nourain untuk bertindak lebih cepat pada kulit Hana.Waktu tempoh pertukaran produk tu, Hana tidak mengalami apa masalah seperti jerawat mula timbul dan kulit menjadi kusam seperti yang Hana baca di komen-komen blog mengenai Tia Amelia Skincare ini. Mungkin itu bergantung juga pada kulit setiap orang. Wallahualam. =).
Back to story, ..... tukar laa produk Nourain tapi sedih yang amat! Bila pakai je, muka naik banyak sangat jerawat yang memang tak pernah naik pun dekat muka ni. Sekejap sangat time tu, pakai tak sampai 2 minggu terus naik jerawat macam cendawan selepas hujan. Lebih menyedihkan, bila saat tu memang down gila. Kulit kawan-kawan kat kelas tu, bersih suci aje tapi aku, macam World War iii aje! Nak menyesal pun tak boleh laa so cari la bermacam-macam produk kat luar tu nak hilangkan jerawat ni. Tak sangka, tak sesuai rupanya pakai Nourain. Jeles punya pasal akhirnya merana! Padan Muka!
Ibu pula duk pujuk pakai Tia Amelia balik tapi kononnya dah tak percaya dengan Tia dah, nak produk lain, tukar la, pakai sabun hijau. SABUN MARINE ESSENCE.
Best wooo sabun ni, wangi amat dan sangat handal dalam menyingkirkan dan memudarkan parut jerawat or ape-ape parut pon kat badan. Sabun ni pun boleh buat badan kita bau sangat wangi. Serious best!
tapi, haaa ade tapi? Kate best! -.-
Yang tak bestnya MARINE ESSENCE ni, mahal! Cepat habis! harga seketul sabun ni mencecah RM 35. Beli satu kotak dah harga RM 120. Tahan pon kejap sangat. Tak tahu la kalau penggunaan Hana ni over tak macam orang lain, so ape pon Hana stop la sebab macam tak mampu je. uhu!
Akhirnya, Hana mengaku kalah pada ibu yang tidak putus-putus memberi kata semangat untuk mula kembali hubungan yang setengah tahun terputus dengan Tia Amelia tersebut. Sedih pun ade. Haha.
Bila dah pakai, okay sangat dengan muka Hana. Kulit dah macam kembali normal. Jerawat yang diproduce oleh Nourain mula dipasarkan pada wajah Hana. Waktu jerawat keluar tu, Hana kira nampak perkara tu positive la sebab dia keluarkan semua jerawat yang duk dalam kulit Hana kan. So Hana teruskan aje Tia Amelia tampa memikirkan apa-apa yang buruk padanya. Ceewah! Kental!
Masuk bulan yang pertama, Wallah! Alhamdulillah, semakin bersih kulit Hana. Nak nagis gembira je tapi mampu dalam hati je sebab legaa sangat Tia Amelia masih menjadi!
Cumanya, penggunaannya agak leceh la. Sebab time malamnya, nak kena sapu krim pemutih dan krim kunyit kat muka. Melekit juga la rasanya and buat muka kita sedikit berpeluh. Paling sakit hati bila sapu krim kunyit pada jerawat. Apa taknya, habis kuning bantal esok hari sebab krim kunyit melekat pada bantal. Tapi JANGAN RISAU, IANYA BERBALOI-BALOI! Krim siang dia, tak mampu menutup cela seperti mana heavy foundation lain. Hana jadikan krim siang Tia Amelia sebagai bedak asas sahaja lepas tu Hana sapu Maybelline BB Cream code Fresh. Ringan je, sesuai buat pergi kelas.
Hana kena banyak bersabar juga la guna Tia Amelia sebab proses dia heal muka Hana ni dalam normal speed. (LOL) Maksudnya tidak terlalu cepat macam sesetengah produk yang menjanjikan kesan seawal 24 jam! dan tidak terlalu lambat macam pakai pencuci Fair & Lovely, pakai 2 tahun pun tak putih-putih!(hanya pada pendapat Hana sahaja)
Konklusinya, Tia Amelia bukanlah satu produk yang tidak bagus. Cuma mungkin setiap kulit kita berlainan. Yang penting, jangan putus asa dalam mencari produk yang sesuai dengan muka kita. :) hehe.
p/s: I am not a beauty expert. I am just giving an honest review here. I bought Tia Amelia with my own money and the review I wrote was based on my years of experiences with Tia Amelia. Thanks. ^_^
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)











