Chriszen Aloe and Rice 98% Intense Moisturizer Gel Review ( Unsponsered )

Okay, kali ni I'm going to review on a very great product from Chriszen.


Chriszen ni believe it or not, is a local product tau. Yep, Hana sendiri macam kejut jap sebab products dye banyak resembles Korean Cosmetics. Tapi apa yang bestnya tentang Chriszen ni, all their products sangat sesuai dengan weather Malaysia yang panas dan lembab. Jadi bila kita apply apa - apa krim atau kosmetik dari luar negara, kulit kita akan cepat berpeluh dan berminyak.
Ini masalah yang selalu timbul bila kita guna produk luar negara yang langsung tak sesuai dengan cuaca negara kita. ( some of them )
Sebab itu, adalah sangat dan amat disarankan untuk kita choose products wisely. 
( Yeah, I always support local products )

Good news! Product ni sangat - sangat sesuai dengan cuaca Malaysia. No more, muka kerut - kerut sebab tak selesa! Huhu

Okay, kulit Hana tergolong dalam kulit yang sensitive. Kulit cepat merah bila kena panas and selalu rasa gatal sebab kulit kadang - kadang jadi kering. Rimas tu tak payah cerita. Sedih nong! Hana tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

Sampailah satu hari, my skin got irritated so bad! Habis satu muka naik ruam kecik - kecik. Pening kepala sebab dua minggu lagi nak raya oii. Muka dah teruk ni. Sampai nak selfie pon tak sanggup. 
I won't provide any picture sorry!

So Hana cakap kat ibu, tak boleh jadi ni, kena cari solution jugak ni. So then, we went to our regular kedai toko jamu around my area. Masuk kedai tu, tak tahu nak beli apa nak pulak. Sampailah, seller tu tunjuk Chriszen Aloe and Rice moisturizer tu. 

Dia cakap elok sangat untu muka ruam Hana ni. Mula - mula rambang mata juga, sebab ada banyak brands kat depan mata nih. Tapi last - last Hana angkat gak chriszen sebab.... ( sila tengok pro and cons ) 
And guess what, Hana sapu time siang je tau! Siang je! Dalam masa empat hari, licin terus muka! Licin macam baby kau! ( Exaggerate jap! Hahaha)  haaa...

Since then, Hana memang sentiasa pakai chriszen ni. Kejap - kejap apply sebab bila apply tu muka rasa sejuuuk je, rasa fresh!

Ala Hana ni cakap banyak je. Banyak je aloe vera jenama lain. Sama je fungsinye. Eh-Eh-Eh! Awak silap! Chriszen ni ada aloe vera dan rice milk tahu! Haa, dua benefits in one! Mana kau nak cari?

Aloe Vera benefits 
melembabkan kulit kepala, rambut, 
mengembalikan kesihatan rambut rosak.
memperbaiki kulit yang rosak, kulit berjerawat, kulit sun-burn
mengurangkan keradangan kulit
memulihkan luka 

Rice milk benefits 
mengurangkan blackheads
melawan jerawat
mengurangkan minyak di wajah
mengurangkan keradangan kulit 
mengecilkan pori 
mengurangkan parut
mencerahkan kulit

Pros : 
Tak melekit 
 Sejuk bila pakai
Can be applied before makeup as base
Cons:
mempunyai bau yang agak kuat
lambat kering bila sapu

Kalau ikutkan, orang jepun purba dulu kulit dia semua cantik - cantik sebab dieorang hari - hari basuh muka dengan air beras. Sekarang depa duk tepek SK-II kat muka, tapi kau hado ke duit banyak tu nak beli tiap - tiap bulan haa? So this is the best choice! Nak - nak yang remaja pun boleh pakai. Hoho. 

Lagipun, bagi Hana, this the must product in every home sebab gel ni sangat versatile. Dia boleh guna kat mana - mana je. All over body. So nanti kalau emergency, terus grab je gel ni. Mudah dan selamat. Harga pun tak mahal mana. Seisi keluarga boleh guna. 

 the ingredient list and information for the product.

Ingredients
Aqua, Glycerin, Propylene Glycol, Butylene Glycol, Carbomer, Triethanolamine, Diazolidinyl Urea, Allantoin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Aloe Veral leaf Extract ( Aloe barbadensis leaf Extract ), Fragrance
Product Efficiency
Moisture replenishment, after-sun repair, skin nourishing
Product Description
An effective moisturizer for skin burn, pregnancy stretch marks and wounds. It aids in preventing dark spots and scars. Providing wound healing and anti-inflammatory properties that reduce skin inflammation. It helps in healing quickly and the text got blurred up with the expired stamp. However it is also helps in treating the chronic skin problems such as psoriasis, acne and eczema.  
Harga
Semenanjung : RM 28.90
Sabah & Sarawak : RM 32.00 

3 comments:

  1. Thank you for this article! This is really useful ;)

    ReplyDelete
  2. Wow.. I pn baru guna ni.. Rase teruja uolls

    ReplyDelete
  3. Halal utk digunakan ke?

    ReplyDelete

Apa komen awak?