Perbandingan Kurier di Malaysia

Okay, siapa je yang tak pernah beli barang online kan? Sekarang dunia hujung jari, semuanya mudah. Tekan. Hantar. Tungu. Sampai depan rumah. Itu yang kita expect daripada beli di kedai. Cumanya, waktu pembelian, barang kita tak nampak kondisi dia macam mana, itu je perbezaannya.

Jadi Hana memang membeli online tegar. I've been buying online since I was in elementary school lagi and now rasa macam nak kongsi je pengalaman membeli dalam talian.

Pada 18 haribulan, Hana ada membeli produk kecantikan dari website favourite Hana, Hermo.my memandangkan gaji dah masuk dan ada Christmas sale. Mana tak berminat beli empat barang, satu barang jatuh RM 12.00! Berpinar mata tengok. Dah jenuh scroll, Hana check out beli 4 barang, dan tiga barang lain. 

Beli punya beli, sekali masa check out Hana lupa nak pilih Poslaju sebagai kurier, dan akhirnya Gdex ambil alih untuk penghantaran barang Hana. Mula tu murung jugalah sebab dah banyak sangat dengar masalah dari Gdex. Bila buka fb page Gdex, lagi la nak mengucap je rasa, mana taknya banyak betul orang complain Gdex tak hantar barang sampai ke rumah. Ada yang kena pick-up sendiri dekat office. Apa ingat orang tak de kerja lain ke nak ambik alih kerja orang lain? Bayar bukan main mahal lagi. 

Dan kebetulan, pada 20 haribulan, Hana beli pula lima lipstik matte FAME dari kawan Hana dan dia guna Poslaju as courier service. Guess what? Cepat gila sampai ke Melaka, sehari je dah sampai. Cepat kan?! Walaupun ke dua - dua parcel tak sampai ke tangan lagi tapi tengoklah...

Ini Hana tunjukkan cara kerja two different courier services. Mungkin orang kata setiap kurier berbeza - beza tetapi dalam istilah efficiency, kita boleh nampak kurier mana lebih efficient. 


 

Untuk Gdex service, kalau penghantaran memang satu perkara yang tak memuaskan

1) Kalau barang anda barang kecil - kecil
2) Kawasan rumah anda dilabelkan sebagai " kawasan pendalaman" oleh kurier servis
3) Anda bukan orang yang penyabar macam Hana

Janganlah memandai guna Gdex sebab akhirnya, anda juga yang sakit hati. Tapi 

1) Kalau parcel anda besar gedabak,
2) Penghantaran terus ke office besar
3) Memang kawasan anda banyak ada van Gdex lalu lalang 

Kemungkinan barang anda takkan diperam lama - lama seperti yang dikhabarkan. Jadi bersabarlah wahai pengguna kalau tak jalan juga barang anda tu, Hana sarankan bawaklah parang pegi mengamuk dekat depan office diaorang ya. (Gurau je..huhu)
Tapi sepanjang hidup membeli, Hana lebih suka menggunakan perkhidmatan Poslaju berbanding kurier lain. Poslaju lebih cepat, effisyen dan amanah dalam mengendalikan barangan pengguna. Ada Hana beli, sehari je dah sampai depan pintu rumah. Sangat pantas dan kawasan mereka cover pon banyak. Tak kira bandar atau kawasan kampung. Semua mereka redah asalkan barang sampai ke destinasi dan dalam tangan pengguna. Hebat! Salut gila dengan Poslaju. Abang - abang delivery dan kakak - kakak Poslaju pun sangat menjaga hati pengguna. Professional. Hehe. Puji melambung pulak.

Jadi untuk pengajaran, tengok betul - betul sebelum tekan check out. Tanya dahulu service mana yang penjual guna untuk penghantaran barang dan boleh request pada penjual untuk meminta mereka hantar menggunakan kurier pilihan anda atas budi bicara. 

UPDATE! 22 DECEMBER 2017


Nak marah pun rasa macam bodoh pulak tapi serious, Gdex officially the worst courier in the world. =.=

Tadi pagi, dalam pukul 9.45 pagi call Gdex, and mujur lepas tiga kali call, dia angkat. Hana bagitahu kenapa status barang jadi Undelivered due to Unable to Locate?

Selamba si operator cakap, oh, rider mungkin tak jumpa rumah kot? Kalau akak nak barang cepat, boleh ambil barang kat HQ Malim. Hana macam what the heck?! Aku punyalah bayar mahal - mahal, kau boleh je suruh ambil barang kat Malim. Ingat aku tak ada kerja lain ke?!

Geram sebab dah peram lama sangat barang Hana tu, Hana terus je pecut ke Malim. Bila sampai tu, bukan Hana sorang je yang datang kutip, rupanya memang ramai. Muka semua ketat je aku tengok. Ada sorang abang ni, dia nak marah sebab barang dia berkurun tak keluar - keluar dari HQ KL. Dia request nak pergi ambil barang tu sendiri dekat warehouse tapi ada isu pula kat situ. So kesudahannya, Hana tak tahulah macam mana sebabnya, Hana datang kutip barang then blah. Rasa juga nak maki depan muka dia orang tapi itulah, kang viral tak memasal pulak. Hoho.

Anyway, Gdex teruk sangat! 

7 comments:

  1. Alamak aku pun tengah tunggu parcel dari srmenanjung ni, dah sudahh habis la kalau betul gdex tak efisen sb brg yg saya oder tu cepat rosak...aduh duh acane niiii

    ReplyDelete
  2. Setuju,Gdex sngt3 teruk servis dia, order brg dr go shop dh seminggu lebih x sampai2,dh dpt tracking number, bila check mmg marah sngt la.. OK, brg tu dr petaling jaya, hntar ke langkawi, rumah sy di jitra, pastu dh silap Gdex langkawi hntar ke PJ semula, dr PJ hntar plk ke jitra, bila check di jitra, boleh plk dia kata brg x cukup sbb ada 1 ja brg, jd jitra return semula ke PJ.. Ya Allah rs brg tu mmg rosak la lambung ke sana sini.. Mmg geram sungguh.. Lps ni cuba elakkan guna Gdex...

    ReplyDelete
  3. [1/05 6:14 PTG] Faizal: Dont give any reason(gdex) if you can't do your work and cant' give your good service to customer.
    [1/05 6:17 PTG] Faizal: Call pagi tak angkat
    Call sebelum pukul 3 petang tak angkat.Macam mana nak pergi office di Seri Iskandar ambil barang.
    [1/05 6:21 PTG] Faizal: Gdex pon tak ada call atau message.

    ReplyDelete
  4. Gdex servis trburuk yang pernah aku berurusan... Barang sudah 11 hari.. Col hotline x jawab, col cawangan kota kinabalu x jawab.. Teruk gdex ni sudahlah mahal..

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah kena..harap jangan ada lagi orang guna gdex ni..memang teruk barang saya dah seminggu tak sampai2..padahal barang dah ada dalam kawasan..tapi tak hantar2..sakitnya hati.perkhidmatan paling teruk adalah Gdex..hati2 semua.

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah kena,punya la malas delivery guy Tu nak masuk hantar barang dekat Lobi dia boleh cakap suruh g ambik dkt Lori dia,Alasan X da parking.yg bawak Lori tu driver lori.bukan dia pun.budak Tu suruh g ambik brg dkt apartment Sebelah.banyak Kali beli barang go shop sy kena, sy tgk Budak courier belakang Lori Tu relax relax je tunggu sy smpi.dah la kena g apartment Sebelah,kena lintas jalan.suruh cepat pulak.nasib la cod.kalau dah byr rase die peram je parcel sy Tu.fyi sy dah inform kata Ada anak kecik ramai,Minta la jln kaki masuk sini hntr dekat lobi.bahaya sy nak lintas jalan.anak ramai kecik Kecik X Kan nak buat rombongan cik kiah g ambik brg.aduhai la.x da la nak beli brg go shop da.punya Susah nak hntr.

    ReplyDelete
  7. Saya order barang melalui penghantaran gdex. Memang slow sangat . Service slow. barang asyik ulang alik tempat sama..

    ReplyDelete

Apa komen awak?