LUFFIYA SKINCARE REVIEW (UNPAID)

Assalamualaikum semua, hi! Hari ini Hana nak review pasal LUFFIYA SKINCARE pula. Hehe.

Luffiya Skincare ni, kalau nak cakap viral, tak viral pun macam sesetengah produk tu, keluarkan sehari, habis satu dunia dia canang bagus. Padahal kulit awak tu, dijadikan test lab je. Sedih kan? Akhirnya kulit pula rosak. Hmmm...

Bila dah jadi macam tu, sama - samalah kita merawat kulit yang rosak tu ya?

Okay, bercerita pasal Luffiya skincare.

Luffiya skincare ni ada macam - macam jenis produk. Dari skincare sampailah ke suplemen cantik. Tapi alhamdulillah semua bagus - bagus.

Hana nak cerita siket mengenai set skincare Luffiya. Hana akan senaraikan satu persatu yang Hana sendiri pakai okay.

SABUN ALOE VERA 

Sesuai untuk semua jenis kulit
Melembabkan, melicinkan dan menyegarkan kulit
Mencerahkan kulit

My two cents : Ini sabun yang Hana sendiri pakai. Memang dijamin tak menegangkan atau memedihkan kulit. Dan paling seronok, sabun ni boleh pudarkan parut juga tau!

LUFFIYA WHITENING TONER

Mencerahkan kulit
Membuang sel kulit mati
Sesuai untuk kulit sensitive dan normal
Tidak memedihkan kulit

My two cents : Okay, ini toner Luffiya. Hana pakai ni seminggu sekali je. Kenapa?! Haha. Toner ni okay, tapi bagi Hana toner ni memang akan buat muka awak tu cerah sangat sebab memang tanggal habis kulit - kulit mati kat muka tu. Jadi untuk tak nampak macam dayang senandung, Hana pakai seminggu sekali je toner ni. Dan untuk kulit sensitive macam Hana, Hana belum mengalami pedih muka lagi kalau sapu toner ni.

NIGHT CREAM 1 : KRIM SARANG BURUNG LUFFIYA 

Memulihkan struktur kulit
Menstabilkan pH kulit
Mencerahkan kulit dan tompok hitam
Merawat jeragat
Mengecilkan liang roma
Melembabkan kulit

My two cents: Krim ni, kalau muka sedang berjerawat sebab datang bulan dan masih merah, disarankan untuk skip krim ni sampai jerawat tu dah kering. Dan perlu diingatkan untuk sapu nipis - nipis saja.

NIGHT CREAM 2 : KRIM KUNYIT LUFFIYA


Mencerahkan kulit kusam dan gelap
Mengurangkan jerawat
Memudarkan bekas jerawat dan jeragat

My two cents : Krim kunyit ni sangat pekat. Pekat dia memang tak sama dengan krim kunyit yang lain dan kadang - kadang stain your face a bit. Dah macam pakai pure kunyit je kat muka bila tempek krim ni but this cream really does what it claims. Cuma perlu kesabaran yang tinggi untuk this thing to work on your face.

PRICES 

Okay here's the thing, jangan terkejut ya.

LUFFIYA SET LENGKAP KECIL : RM 140 (subject to be changed)
LUFFIYA SET LENGKAP BESAR : RM 200 (subject to be changed)


Ok sambung cerita Hana dan Luffiya Skincare :

Setelah kebosanan pakai Tia amelia, Hana beralih pada LUFFIYA SKINCARE dan sudah hampir setahun Hana guna produk ni.

Alhamdulillah sangat! Best sangat - sangat!

Dulu muka Hana kusam sebab duduk Melaka ni panas dia lain macam sikit. Panas dia sampai buat muka Hana berbelang hitam. Encik tunang, yang masa tu baru bercinta dengan dia pun, kata muka kita tak cantik! Jujur sangat pulak laa dia kan? Sedih sangat.

So Hana terjumpa dengan skincare ni through ibu Hana sendiri. Dia gigih juga la tak nak anak dia ni tak cantik sebab dia dah jumpa bakal menantu yang dia berkenan... Kononnya, tak nak si tunang ni dulu cari lain. Haha. Hadoii,

Jadi mula - mula tu macam tak nak la pakai sebab mahal sangat satu set Luffiya ni! Sampai beratus - ratus. Rasa macam sesak nafas je dengar harga dia. Mana taknya, satu set kecil je dah makan RM 150.

Tapi sebab kasih ibu ni tak berbelah bahagi, dia beli juga untuk Hana walaupun tak nak sebenarnya. So Hana try la dulu untuk sebulan, muka tak jadi apa. Memang tak ada effect langsung pakai, macam tu juga. Hana pun tanya ibu, betul ke menjadi produk ni? Dah sebulan dah ni.

Ibu pun whatsapp agent luffiya ni, agent tu dengan baik hati dan gelak kecil siket-siket, dia pun cakap

dik sabar ya dik, luffiya ni memang natural produk dik, effect dia memang slow. orang pakai 6 bulan baru nampak kesan. Yang penting adik jangan putus asa pakai ya.

dengar tu, Hana rasa macam... Hmmm, kalau dah agent cakap macam tu, teruskan je la, lagi satu sebab memikirkan kulit agent tu memang cantik sangat - sangat, Hana gigih teruskan juga pemakaian Luffiya ni.

Lepas 3 bulan! Okay, 3 bulan! Barulah Hana dapat result yang macam testimoni Luffiya tu tau! Haa, rasa - rasa Hana memang betullah skincare Luffiya ni terbaik gila!!

Kulit bersih je tau, sampai kawan - kawan duk tanya - tanya Hana pakai apa. Haha. Serious cakap, memang best sangat pakai.

Ni hasilnya.



Okay, gemuk siket, tapi seriously, muka Hana alhamdulillah tak ada masalah kusam dah. Memang Hana akan terus pakai Luffiya ni, walaupun kadang - kadang terskip juga pakai.

Oh ya! Disebabkan sekarang ni viralkan produk - produk yang KKM haramkan tu kan?

Jangan risau, Luffiya tak ada such thing tau sebab memang Hana test sendiri produk ni. Setakat ni, memang tak ada masalah langsung, even pernah Hana terskip hampir sebulan sebab memandangkan harga dia tersangatlah mahal. HoHoHo. Muka Hana tak naik pape pun, sama ada jerawat ke, nanah ke, ruam ke ape ke, memang tak ada. Sebab produknya memang tak ada bahan - bahan beracun.

Jangan risau tau, terskip ke, terstop terus ke ape ke, Luffiya memang tak buat muka awak teruk.

Ala cakap macam tu memang lah boleh kan. Jangan risau, Hana da klipkan sekali KKM. Retreived on 14 April 2017 haa..



Kalau awak semua nak beli, sila lah ke hq Luffiya sendiri ataupun beli dengan Agent sah mereka. Kalau tanya Hana kat kedai ada jual tak Luffiya?

JAWAPAN DIA : LUFFIYA TAK DIJUAL DI KEDAI, HANYA ONLINE DAN MENERUSI AGEN - AGEN BERDAFTAR SAHAJA.


Ini Hana dah senaraikan mana awak semua boleh dapatkan skincare ni ya :

1 comments:

  1. Luffiya mmg berksan hilangkan parut and glowingkan muka ka?sya bru nk cuba luffiya tpi was2 sbb sya dh try mcm2 skincare.

    ReplyDelete

Apa komen awak?