Showing posts with label spotify. Show all posts
Showing posts with label spotify. Show all posts

Spotify Premium Anda Ditamatkan kerana isu eCommerce/MOTO ( Maybank Holder )

Okay, dua bulan lepas, Hana hairan sangat kenapa Spotify kerap hantar notis Hana gagal membayar langganan bulanan Spotify Premium walhal dah setahun lebih Hana melanggan, tak pernah jadi masalah macam tu pun.

Mulanya, Hana fikir bank ada masalah teknikal tapi dah hampir akhir bulan January pun, Hana masih dapat notis daripada Spotify yang Hana tak bayar duit langganan. Eh, dah kenapa?

So then, Hana pun decide aku key in semula kad aku tapi dapat error message. Dah sampai stress, Hana key in tak dapat - dapat. Nak kata, duit dalam bank masih ada lagi. Takkan la tak boleh guna.

DAN AKHIRNYA,

Spotify hantar email bagitahu, Bank Negara dah mansuhkan segala urus niaga luar negara secara online bermula 20 Jun 2015 atas alasan menjaga keselamatan daripada scammers luar negara. Jadi, kalau nak teruskan melanggan, perlu aktifkan eCommerse dan MOTO dahulu dengan bank - bank yang kita melanggan.

Tak kiralah anda pakai kredit kad ke debit kad ke, anda perlu buat pengaktifan sebab bukan tak boleh langgan Spotify sahaja,beli apps di Playstore juga tak boleh.

Apa ke bende eCommerce dan MOTO ni?

eCommerce
Maksud mudah bisnes atas talian.

Mail Order Telephone Order
Pembelian pakai nombor kad dan expired date kad, tanpa memerlukan signature pemegang kad dan tanpa resit.
( Macam mana pembelian di Playstore dan langganan Spotify Premium la. Bahaya ni. So berhati - hati.)

Jadi memandangkan Hana pemegang kad Maybank, Hana perlu call customer service untuk aktifkan eCommerse dan MOTO. Proses ini ada dua fasa.

Fasa pertama 

Pengaktifan eCommerse dan MOTO boleh dilakukan melalui panggilan Maybank Group Customer Card 1300 88 6688.

Fasa kedua

Pengaktifan eCommerse dan MOTO boleh dilakukan menggunakan Maybank2u dan mesin ATM.
( anda boleh pilih cara mana yang anda suka )

Macam Hana, Hana pilih call customer service aje and fortunately, it was a breeze!  Tak sampai 15 minit pun!

Apa yang perlu anda buat?

1.Call the customer service dan pilih bahagian bercakap dengan pegawai asekutif Maybank dalam perbankan.

2. Beritahu anda nak aktifkan eCommerce.

3. Dia akan tanya number kad anda, jadi siap - siap sedia kad Maybank dekat tangan. Nombor yang mana? Alah, yang 16 digit kat depan tu.

4. Pegawai tu akan tanya, anda nak aktifkan pembayaran luar negara atau tidak? Jadi dalam kes ni, pilih ya. Sebab spotify yang kita duk langgan tu, guna pembayaran luar negara.

5. Pegawai tu akan buat beberapa pengesahan. Tanya IC, kad yang dipakai jenis apa? ( Saving/Current), dimana anda buka simpanan bank tersebut, ( cth : Terengganu ) dan last sekali, dia akan tanya nombor telefon anda.

6. Tunggu 5 - 15 minit untuk pengaktifan.

7. Key in akuan Spotify and you're good to go!

* eCommerse untuk luar negara hanya bertahan selama satu tahun sahaja, jadi kalau dah expired, boleh call customer service ataupun aktifkan guna ATM atau Maybank2u. 


Spotify Review After A Year Detailed Post Updated( Malaysia )

So as everyone knows about Spotify, it is an app yang provides free music streaming via WIFI or Mobile data.



As far as I'm using it with a premium account, what I can say is ' It's so worth it!' I can stream almost every song I want without having difficulties to download it anywhere else, all I need to do is tap on the search navigation and WALLAH! you have your songs.

What's your benefit with Premium Spotify? Duhh, It clears all the shitty ads that come with the songs you stream. So you can enjoy a smooth, ads free streaming. I hate all the ads as much I hate radio.

I can Bluetooth my songs straight to my car's media player as simple as ABC as long as you set up the Bluetooth connection on to "connect to a device" settings.

enough with the english! Berapa bayarannya?

okay tengok :

RM 14.90 a month. 

Eyyyy! Mahal siott... 
 bagi Hana yang memang guna spotify ni 24/7 memang rasa berbaloi amat lah. 

So macam mana nak bayar? As usual guna Google Wallet. Aku prefer die deduct terus dari account Hana. Senang xpayah fikir. Just sit back and enjoy. 

Kenapa aku bersusah payah perlukan spotify? Downloadkan free...

Pertama 
Hana tak suka bila lagu yang Hana dengar tu dikurangkan byte-nya. Nanti bunyi dia tak seronok. Kalau tak faham, nampaknya awak langsung tak menghargai musik yang sebenar. Asal dengar je an. 

Kedua
Seperti Hana nyatakan di atas. Hana suka dengar lagu tanpa ada iklan yang merapu macam radio. Semak. Kita nak dengar lagu bukan dengar iklan. 

Ketiga 
Hana suka lagu yang updated. Macam spotify, before masuk radio, dyeorang dah update dengan lagu - lagu baru. So Hana rasa lebih ke depan berbanding orang lain. Haha. 

Keempat
Kita akan ada kuasa untuk memilih lagu dari inventori kita sesuka hati. Means, NO SHUFFLE! Kan seronok, boleh ikut mood je nak main lagu mane. Hana, kadang - kadang lagu belum sempat habis dah tukar lagu. LULZ.

Kelima
Dah boleh peek lagu sebelah. Bukan peek lagu sebelah je. Boleh tengok dan play sesuka hati lagu yang berkenan. Swap la sampai patah jari pon boleh! 

so conclusion 

monthly : RM 14.90 (ada package family, boleh kongsi dua )
rating : 4/5 stars
Songs Availability : 80% ( Taylor Swift memang out dah~ ade pon kat iTunes je )