Pengalaman Memakai Braces (Detailed Post)


Basmallah dulu~





Pengalaman Hana memakai braces sepanjang 2 tahun ni memang best, sayang sangat nak bukak. Haha. Boleh pulak. Ada ramai yang tanya Hana, sakit ke? Perlu ke? Mahal tak? Kenapa perlu pakai braces? Macam mane procedurenye..? Susah ke nak jaga? Okay hari ni, Hana akan menjawab satu persatu la persoalan mengenai braces ni.

Braces? Apa tu braces? ( Hana takmau bagi scientific punya meaning, kang tak faham)
Ayat senangnya ialah memakai besi pada gigi untuk tujuan membetulkan/memperelokkan struktur gigi yang tak elok, a.k.a gigi jarang ke, jongang ke, tak bersusun ke, berlapis dan sebagainya.

Condition gigi Hana

Sukacita dimaklumkan, gigi Hana tidaklah jongang mahupun jarang tetapi ada satu batang gigi depan yang lari daripada kedudukannya disebabkan Hana pernah jatuh. Jadi gigi ni membawa banyak masalah juga pada Hana sebab Hana sering tergigit bibir or dapat mata ikan. Sakitt yang amat. Bibir Hana akan jadi kering dan selalu hilang selera makan. So jadinya membuatkan Hana rasa sangat tak selesa dan rasa low self esteem juga. Sebab orang duk kutuk-kutuk gigi kita ni. Sedih T.T

So apa yang akan berlaku, Hana berniat ingin memakai braces...... so let's get started!

Process Memakai Gigi. 


Cost and Clinic Environment

Setiap braces harganya berbeza mengikut klinik pergigian itu sendiri. Macam Hana, Hana buat braces di Kemaman, Terengganu dan klinik ni adalah satu-satunya klinik gigi yang menawarkan rawatan orthodontic di Terengganu. ( 2 years ago, sekarang ni Hana tak tahu la kalau ada klinik pergigian lain yang menawarkan rawatan orthodontic)


Kenapa Hana tak buat di Melaka or KL aje? Sedangkan belajar di area sana. Sebabnya, Hana nak balik rumah so ada reason kuat siket la nak balik Terengganu. Haha. Jadi, weekend yang ada appointment, Hana akan balik Terengganu. Dapat le rasa makanan ibu, ye dak?

Klinik mana Hana pergi ni? Klinik Pergigian Syarifah. Bersebelahan dengan pintu gerbang Kemaman. Senang je nak cari Klinik ni, kalau dari Dungun, drive je sampai sempadan Kemaman dengan Kuantan and before traffic light yang paling last, toleh belah kanan. Terpampang la signboard Klinik Pergigian Syarifah! Senangkan?!



Klinik Pergigian Syarifah
Lot K-3110, Jalan Kuantan Kemaman,
Taman Geliga Sakti, 24000,
Kemaman, Terengganu
019-9554161

Hana dah sertakan alamat and no telefon sekali. Kalau berminat boleh call. Klinik ada macam-macam rawatan juga, bukan khusus kepada orthodontic sahaja. 

Staffs dyeorang pun baik. Doctor lagi baik, lembut je layanan die compare dengan kerajaan. Tuih! Haha. Opps! :D 

Tapi kalau buat orthodontic, kebiasaannya doctor panel akan available on Saturday and Tuesday only. Ahahaha. Speaking pulak! Tapi jangan gelabah or risau pasal... Staffs die yang sangat baik dan bertolak ansur tu akan bagi jadual yang free untuk anda buat appointment. Tapi jangan korang buat raja pulak, pergi tak pergi oppointment tu, kepok pale an! Hehe. 

Jangan lambat bila ada appoinment sebabnya doctor ada ramai pesakit nak dirawat. Mohon faham ye.
Jangan skip appoinment! Ini sangat penting sebabnya kalau tak, pergerakan gigi nanti jadi tidak terkawal seperti yang dirancang. Haha. Menda ni jadi kat Hana, so kena extend pakai braces, kena penalty kauuu.... padan muka!

Jarak antara satu appoinment ke appoinment lain tidak menentu, lihat kepada struktur gigi juga. Tapi setakat ni Hana tengok, every month, doctor akan buat appoinment. So the best way is to always prepare a free day laa every month. Khas untuk appoinment ortho sahaja.

Harga Braces Full (atas dan bawah gigi)

Cost for Braces Installation : RM 5500
*Retainer Clear and Conventional Retainer : RM 700 
OR
*Conventional Retainer : RM 500
*Cleaning teeth : RM 60 (can't remember the exact price)
Total : RM 6260 ( with Retainer Clear and Conventional Retainer )
Total : RM 6060 ( with Conventional Retainer only )
*retainer tu bila kita da cabut braces, kena pakai seumur hidup. LOL gurau je. Boleh pilih nak yang mana either RM 6200 or RM 6000

Deposit : RM 2000
Monthly/12 times Follow up : RM 300

Terkejut? OMG! Mahalnya?


Braces memang mahal, dari dulu lagi mahal. Sekarang ni GST lagi-lagi-lagi mahal. Tapi daripada kita pasang braces dengan orang yang tak bertauliah, silap hari bulan boleh innalillah!  Kalau pasal health and Oral Hygiene ni, Hana percaya dengan orang yang bertauliah.

Mesti pernah dengar berita pasal doktor gigi palsu kan? Ramai yang dah bertaubat, terjebak dengan kes palsu macam ni. Memang la harga pemasangan jauh lebih murah tapi hasilnya? Ada yang giginya jadi lebih teruk and ada juga yang hilang nyawa.

X-ray 

X-ray kebiasaannya hanya untuk pesakit yang mempunyai struktur gigi yang teruk sebab gigi teruk akan dirujuk ke specialist. Jangan risau, klinik Syarifah mempunyai seorang specialist dan harga braces mungkin akan sedikit mahal daripada pesakit 'biasa'.


Cleaning The Teeth

Yang ni procedure wajib la kot sebab sebelum nak pakai braces, gigi kena la bersih daripada plaque-plaque gigi tu kan. Harga die seperated from harga braces. Tak hade yang free. Nak free, pi klinik kerajaan dulu sebelum pergi first appointment dengan doctor.


Mould Gigi

Time Hana dulu, ibu akan call Klinik untuk buat temujanji. Temujanji ni dibuat untuk doctor check keadaan gigi kita dan doctor akan buat mould gigi. Tujuan mould gigi ni untuk doctor study struktur gigi kita dan bagaimana cara nak merawat gigi kita sebab gigi kitakan lain-lain so cara merawat gigi pon lain-lain la.

Time mould gigi ni, doctor akan tekap gigi kita dengan edible clay, so time tu kena kacip gigi kuat-kuat so nanti clay tu akan tekap kat gigi tu elok je. Waktu tu memang yuck-yuck gak la sebab rasa clay tu pahit pastu melekit. Tapi process tu tak lama pon, so terseksa tu kejap je... Nak gigi lawa kena sabar la kan? :D

Lepas 45 saat tu, mould ni akan mengeras. Haa, time doctor tu cabut clay tu dari gigi, boleh la tengok bentuk gigi kita tu. Boleh nampak betapa teruknya gigi kita tu. Haha. Rupa-rupanya, bukan masalah gigi depan je Hana ade, masalah gigi beralih kedudukan pun ada. Puih... Gilos!

Separators/Spacer

Apa ni separators? separators ni adalah getah yang menjarakkan gigi kita yang terlampau rapat. Apa gunanya? Kenapa perlu jarakkan gigi? Jawapannya, supaya senang gigi-gigi kita untuk bergerak dan berada dikedudukan yang dikehendaki. LOL, skema!

Betullah, kalau tak macam mana gigi tu nak bergerak kasi duk betul-betul, ye dak? Okay, sakit tak pakai benda alah ni? Dalam banyak-banyak process... Separators laa paling sakit. Perghhhh! Tak selesa langsung! Jenuh nak tunggu next appointment kasi dia remove menda alah ni daripada gigi. Yang paling tak best bila separators ni bersentuhan dengan gusi, makaihhh! Menangis dalam hati je. 

Bila dah lama pakai tu, kemungkinan untuk seperators ni tercabut daripada gigi tu tinggi sebab ye la, gigi dah jarakkan, mesti menda alah ni tercabut so kalau tercabut, Hana akan masukkan semula dicelah gusi supaya bila time oppointment, gigi tu tak rapat semula.

Extracting Tooth 'Optional' (ngeri je bunyi)

Cabut gigi? Perlu? Okay, Hana punya gigi tidak perlu dicabut sebabnya gigi geraham/gigi bongsu belum tumbuh. Gigi akan dicabut jikalau anda mempunyai gigi geraham, gigi berlapis atau gigi-gigi yang perlu dicabut untuk menyenangkan process peralihan gigi.

Sebatang gigi mungkin akan dicharge berlainan daripada harga pemasangan braces. kebiasaannya, extracting tooth akan mengambil kos hampir RM 60 untuk satu batang gigi. Kalau kena buang empat batang gigi (atas dan bawah), sila darablah ye. :D

Pemasangan Braces

Kalau doctor Hana, dia akan pakaikan braces, gigi bahagian atas dahulu. Kata dia, supaya Hana selesa dengan keadaan memakai braces terlebih dahulu dan memberi ruang kepada gigi untuk adapt dengan benda asing di dalam mulut.

 Hmm, sakit ke? Tak pun, langsung tak sakit, cuma lenguh je la sebab pakai braces tu aje dah makan berjam-jam.  Tapi?! After 2-4 hours tu, baru la start rasa sakit. Rasa gigi makin ketat je, nak makan pon sakit sebab tak boleh kunyah makanan. Memang makan bubur je la. Serious tak best. Dengki je dengan orang sebelah sebab dapat makan sedap-sedap. Dalam 3 minggu gak la nak adapt pakai braces tu.

Then the next appointment tu barulah... Hana pakai braces gigi bahagian bawah. Rasa sakit pakai braces gigi bawah tu tak sama macam braces gigi atas. Bahagian bawah ni kurang rasa sakitnya jadi dah boleh selesa dengan braces.




Cara pemasangan dia, doctor akan tampal bracket pada setiap gigi and pada hujung geraham doctor akan pasang molar band. Then barulah, doctor akan pasangkan wire mengikut ketebalan. Ketebalan wire akan berubah mengikut struktur gigi. Hana rasa, waktu pakai wire yang tebal tu paling sakit la kot. Lama nak hilang sakit and rasa tak selesa tu sebab gigi banyak bergerak.

Elastic Tie ( Getah braces yang berwarna-warni )

Getah ni tujuannya nak bagi nampak korang comel. Haha. Taklah, tujuan doctor pasang elastic tie yang comel ni supaya wire pada bracket tu tak terkeluar daripada bracket. So senang la korang nak sental gigi waktu memberus nanti. Tak la tercabut. Dalam banyak-banyak, part ni paling best sebab boleh pilih warna apa yang nak kita pakai. Hana suka warna pink, biru cerah and purple. Serious comel je.

Elastic Power Chain 

Dah nama pon power chain... Pergh, memang power! Gigi tu rasa macam nak terkeluar je daripada gusi. Sakit bak hang tapi lepas 2 3 hari dah kurang la rasa sakitnye. Hana pernah pakai sampai 10 power chain, habis gigi dia pakaikan. Meleleh air mata masa dia pasang. Doctor pulak selamba je cakap " Kesian dia, sakit ye... Siket je lagi." Haha. Sabau je laa....

Tapi rasanyakan... power chain ni buatkan braces tu lagi cantik compare pakai elastic chain aje sebab dia pun ade warna yang cantik-cantik. Haha. My opinion aje la. :D

Figure Eight Tie




Ini pulak, wire yang berbelit pada wire braces and bracket. Dah macam seronok je rasa bila doctor twist wire ni kat gigi. Fungsi wire ni dibelit untuk bagi gigi bahagian hadapan tu tak berjarak antara satu sama lain. Sakit? Tak rasa sakit langsung.

Rubber Band



Ughh, yang ni paling Hana tak suka sebab asyik tercabut aje time makan and kena selalu tukar. Stress. Kalau tak pakai, memang nampak gigi tu jarak. Pakai sat, dia dekat balik, buang sat, dia jarak balik. Last-last Hana pakai jarang-jarang je, dekat nak appointment tu baru Hana rajin-rajin tukar. Ada sekali tu, Hana pakai dua getah sekali. Haha. Pemalas punya pasal.


Rubber band ni, kurang elastic siket je compare dengan elastic tie. Kebiasaannya, doctor ade yang warna clear je, Tak ade yang meriah macam electic tie.



Retainer

Retainer akan dipakai selepas kita tamat memakai braces. So kiranya, kita akan pakai retainer selepas braces dibuka. Retainer ni, Hana belum pakai sebab Hana masih memakai braces. Tapi roomate Hana pun pernah pakai braces jadi dia cerita pada Hana macam mana pakai retainer. 

Untuk enam bulan selepas kita buang braces, kita diwajibkan memakai retainer tanpa buka sebab kita nak maintainkan shape gigi kita yang baru tu. 

Disinilah bermulanya suatu penyiksaan yang baru, retainer ni adalah satu benda yang tak best pakai sebabnya, kita punya percakapan akan lagi tak jelas. Makan pulak lebih menyiksakan, tidur pun tak selesa and macam-macam la tak selesa. Tapi after enam bulan, barulah kita boleh pakai waktu malam sahaja. 

Apa perbezaan Conventional Retainer dengan Clear Retainer?

Conventional ni yang retainer zaman lama. Retainer ni agak leceh sebab dia diperbuat daripada besi. Leceh yang paling ketara apabila memakan mi halus, mesti tersidai-sidai punya kat besi tu dan kebiasaannya, retainer jenis ni, akan dipakai semasa tidur. 

Clear punya pulak, pakai cabut. Clear retainer biasanya tak boleh pakai ketika makan sebabnya takut makanan termasuk pulak dalam retainer. Sebab retainer ni akan ikut gigi baru, and kita masukkan je kat gigi. Kira macam pakai baju laa kat gigi. Agak leceh jugak, sebab rasa tak selesa pada gigi. 

Maaf Hana tak boleh terang lebih-lebih sebab tak pakai lagi kan... Haha

Life with Braces

Okay, Part ni Hana akan cerita pengalaman pakai braces. Buat pengetahuan semua, Hana pernah tertelan dua biji bracket tau. Amek kau. Alhamdulillah, masih diberikan nyawa oleh-Nya.  Jadi jangan takut nak pakai braces, Okey!


Eating with Braces

Yang ni, keseksaan yang akan dirasai oleh semua pemakai braces. Minggu pertama, kesakitannya boleh tahan menangis jugalah tapi ia akan beransur ansur hilang setelah beberapa hari. Kesakitan akan berulang tiap kali selesai satu appoinment. Tahan la ye. :D


Kalau makan tu, mesti ada yang melekat-lekat kat celah gigi. Paling memalukan bila kita tersengih pulak depan crush kita.... Hambek ko, berayun-rayun sayur melekat kat celah gigi. Maluu! So apa Hana buat, sebelum nak ketawa or buka mulut time makan, Hana akan check dulu sisa-sisa makanan kat celah bracket guna lidah. TANGAN SILA COVER MULUT. 18 SX kau! Hahaha.

Yuks je bunyi die kan? Tapi its the usual scene yang korang akan tengok kalau orang pakai braces makan. Kalau tak jadi macam budak bawah ni. Melekat sume kat celah gigi.

Avoid makanan yang berdaging la kalau boleh, and jangan makan benda-benda yang keras. Kulit karipap yang krispi tu ponnn jangan tergedik nak makan walaupun tahu menda alah tu sedap okay! Tak pasal tercabut braces tu.

Ice Cream! Yes or Nay

Nope! Don't ever eat ice cream whenever you had your braces on. Tapi kalau dah kempunan sangat tu, bantai aje laa. Sendiri faham laa brain electric freezeeee dye macam mana ya. Sengal kau, nak-nak bila ice cream bersentuh dengan bracket. Pehhhh~ boleh terbang!


Sleeping with Braces

Okay je tidur cuma esok pagi tu, bibir akan rasa kering sangat and bahagian dalam bibir pun akan berbekas bracket. Haha. Nak betul-betulkan mulut bila time bangun tu agak tak selesa la. Sebab metal dalam mulutkan, air liur tak produce banyak so... kering la jadinya. Tapi after 2 years, gigi dah boleh adapt, mencurah-curah pulak air liur basi keluar. Opss. Haha.


Brushing Teeth with Braces

Biasanya doctor akan bagi berus gigi khas, tapi bila dah lama-lama, Hana pakai je berus gigi biasa, yang beli kat kedai kampung tu haa. Tak payah nak pakai berus gigi yang designed for braces sangat lah, sama je resultnya. Kuning juga gigi. Haha. Gurau-gurau. Tapi yang penting, pilih berus yang soft atau medium-soft sahaja.


Ada juga yang jual mini brush. Brush tu macam berus tandas, eh! Haha. Macam berus botol susu pon ade juga. Yang jenis ni, untuk bersihkan celah-celah gigi or lebih tepat in between the brackets tu. Celah-celah tu kan susah nak bersihkan... So guna berus ni senang siket.

Dapatkan berus ni di Watsons/Guardian or bagi yang badget macam saya, boleh dapatkan berus ni di DAISO! Haha. RM 5.30in GST. Murah sangat laahai.

Talking with Braces

Please don't leme speak guna braces if you dun wan my saliva get onto ur f-ace. Memang tak dinafikan, perkataan seperti S, R tu agak susah nak disebut bila pakai braces and mulut pun akan tersembur-sembur siket bila bercakap. Tapi normal la tu sebab bila dah pakai braces, akan ade barrier /halangan dekat bibir, itu yang payah nak sebut tu. So act bunyi comel je laa. Haha

Ulcer/Cuts with Braces

Ulcer? Hurmm, nak cakap macam mana ye? Orang kata kalau pakai braces ni akan ada banyak ulcer tapi bagi Hana lepas pakai braces, Hana jarang sangat kena ulcer. Tak tahu la kenapa tapi sangat jarang. Cumaaa... Kalau naik satu, akan beranak pinak la ulcer tu. Pedih tak terkira. And paling tak suka bila ulcer naik celah gusi. Huwaa... tak suka.

Kalau luka sebab terkena wayar braces tu sangat sering dan selalu. Ayat keling haa! Yang ni pun tak best sebab setiap braces, kat hujung tu doctor akan tinggalkan lebihan wire. Yang lebihan wire ni la yang selalu tercucuk dalam pipi. Huuuu, tak boleh nganga, kang koyak tapi menda ni jarang la sebab ia terjadi pada orang yang ganas macam Hana je kot sebab tanya dengan orang lain yang pakai braces, tak pernah pun jadi macam tu. LOL. Jangan takut ye. Pakai braces kena ayu-ayu, tak boleh ganas-ganas. :D

Fuhhhh..... dah habis pon part cerita pasal braces. Dah habis detail dah ni. Nak detail lagi? Pergi klinik la ye. Hehe. Hana cerita apa yang mampu sahaja. Selamat berBraces!



p/s : I am not an orthodontist so kindly refer to the doctor if you had any further question regarding to braces and oral health. :)













35 comments:

  1. Appointment 29hb ni...
    30hb ada meeting pulak..
    Agak2 sakit x masa nak gi meeting tu...seramnya hana....rs nk nangis.tp dh set appointment dh..

    ReplyDelete
  2. hahahha prosedur sumenye sama macam sye jugak serious sama cumanya harga tu lain ,lebih murah 700rm ,tp sye pkai clear retainer cuma harga nya 500rm saja .skrng ni pakai benda tu ugh huruf s memang berslang and stu lagi kelemahan retainer tu mudah patah ,so kena jaga elok2 lah ya huhu

    ReplyDelete
  3. Nice,
    Mcmna kita nak tahu bila braces ni boleh bukak ye.sbb sy pakai dah berzaman tapi dr x cakap apa2

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, saya nak pakai braces tapi untuk gigi bawah je sebab gigi atas saya dah okay. Kalau mcm tu kos dia akan kurang dalam separuh ke macam mana? Thank youuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, boleh pakai bawah je and kos akan kurang daripada harga full braces. kalau nak lebih jelas, awak boleh call doctor. hope i answer you well la ek, welcome dear.

      Delete
  5. Hi. Tapi doctor saya cakap boleh makan ice-cream. Kena makan makanan yang sejuk. Tak boleh panas. Gula2, makanan keras2 and chewing gum memang tak boleh. Kenapa tak boleh makan ice-cream ?

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya, awak pernah tak mengalami wire hampir rasa nak tercabut or bahagian hujung gigi wire tu kendur ke?

    ReplyDelete
  7. takde kesan eh awak kalau tertelan bracket? huhuhu

    ReplyDelete
  8. Hye, harini first day pakai braces, sakit yang amat ������
    Macam mana you deal dgn pain ni? Agak2 bila boleh hilang rasa sakit, tak boleh makan anything ��

    ReplyDelete
  9. Salam sis, kalau bracket braces tercabut dan hilang, berapa ye kos pemasangan balik?

    ReplyDelete
  10. tertelan braket so mcm mna ? huhuhu bru pakai seminggu rasa mcm takut pulak

    ReplyDelete
  11. Teringin nk pakai.. Tp rasa mcm seram pulak..

    ReplyDelete
  12. Saya dh pakai 1 minggu braces..n tgh tido xtau la ngigau ape tercabut bracket.n wire tu terus kendur.yg paling takut seramnye gg gaham goyang..OMG..esok terus pg jmp dr n pasang bracket balik..dr ckp gg tumemang goyang sbb ade pergerakan.takut pulak asse nk menempuh setahun pakai ni.😂😂😂😂

    ReplyDelete
  13. Saya dh pakai 1 minggu braces..n tgh tido xtau la ngigau ape tercabut bracket.n wire tu terus kendur.yg paling takut seramnye gg gaham goyang..OMG..esok terus pg jmp dr n pasang bracket balik..dr ckp gg tumemang goyang sbb ade pergerakan.takut pulak asse nk menempuh setahun pakai ni.😂😂😂😂

    ReplyDelete
  14. sis. kalau bracket tu tercabut kene jumpa doktor ke nak tunggu next appointment lg

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Kalau tertelan getah warna warni tu takpe kan? Ada apa apa kesan ke?

    ReplyDelete
  17. takutnye...btul ke x sakit ni kak?��

    ReplyDelete
  18. Hi.. Hehe.. Saya arini hari pertama pkai braces. Impian dr kecik. Di usia 28tahun ni baru leh pakai. Alhmdulillah.. Sblm sy pkai sy bca semua org cakap sakit semasa proses tuk pasang. Tp bila saya alami sndri, xluar apa yg sy baca. Alhmdulillah. Setakat 6jam saya pkai ni. Gg saya rasa tarik2 je. Mgkin xsakit spnhnya lagi kot. Hehe.. Kpd kawan2 yg nk pkai xyh takot. Xsakit pun. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ea ke x sakit. Sy pon ada niat nk pkai ni.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. samalah..baru seminggu pakai bracket tercabut masa tidur.. tapi nasib x tertelan haha.. selang sehari baru jumpe doctor & doctor pasang separator..yg ni mmg sakit ngilu je..

    ReplyDelete
  21. hai,saya nak tanya awk ada sebut xray tu utk gigi yg teruk je. kalau x teruk xyah xrayke? awk kene xray x?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum harini sye pakai braces 3hari tapi gigi berdenyut-denyut, sakit nak mngunyah makann rasanya sakit ni amek masa yang lama tak ?

    ReplyDelete
  23. Salam, saya nak tnya saya dh pakai braces ni dh dkt 5 hri tp tak rasa sakit pon.maksudnya gigi tak start tarik lagi ke?

    ReplyDelete
  24. Sy pom bru smalam g klinik syrifh dkt geliga tu.tp rmai sngt org tpakse cancel untk check gg.so hri sbtu ni la tkot plok rse bile bce step by step ni��.mmg skit sngt ke pkai braces?

    ReplyDelete
  25. Stkt ni sy pkai braces x skit sngt pom mcm org ckp tu.sengal sikit je tu pom time cuci gg.jgn dgr ckp org skit la tu la sbb x same .serius x sakit

    ReplyDelete
  26. Pakai braces sakit gilerr weyyy. rasa mcm x nk ada gigi lg

    ReplyDelete
  27. Sy baru 2 hari pakai. Alhamdulillah setakat ni xada rasa sakit mcm ulser tu. Cuma rasa gigi tarik2 sikit. Sy buat 3000 je dkt sini. Korang kena laa pndai survey klinik ya, mcm sy rela buat jauh sbb kat klinik sana murah. Yg dkt ada je tapi mahal. Dktr n nurse pun baik2 je. Lepas pakai tu je rasa x selesa,, lpas bngun tdo keesokkan harinya dh x janggal dh. Kpd yg nk brbraces tu teruskan laa niat anda. Seriously x sakit sngt2 pun. Gudluck uolss

    ReplyDelete

Apa komen awak?