Jadi Hana memang membeli online tegar. I've been buying online since I was in elementary school lagi and now rasa macam nak kongsi je pengalaman membeli dalam talian.
Pada 18 haribulan, Hana ada membeli produk kecantikan dari website favourite Hana, Hermo.my memandangkan gaji dah masuk dan ada Christmas sale. Mana tak berminat beli empat barang, satu barang jatuh RM 12.00! Berpinar mata tengok. Dah jenuh scroll, Hana check out beli 4 barang, dan tiga barang lain.
Beli punya beli, sekali masa check out Hana lupa nak pilih Poslaju sebagai kurier, dan akhirnya Gdex ambil alih untuk penghantaran barang Hana. Mula tu murung jugalah sebab dah banyak sangat dengar masalah dari Gdex. Bila buka fb page Gdex, lagi la nak mengucap je rasa, mana taknya banyak betul orang complain Gdex tak hantar barang sampai ke rumah. Ada yang kena pick-up sendiri dekat office. Apa ingat orang tak de kerja lain ke nak ambik alih kerja orang lain? Bayar bukan main mahal lagi.
Dan kebetulan, pada 20 haribulan, Hana beli pula lima lipstik matte FAME dari kawan Hana dan dia guna Poslaju as courier service. Guess what? Cepat gila sampai ke Melaka, sehari je dah sampai. Cepat kan?! Walaupun ke dua - dua parcel tak sampai ke tangan lagi tapi tengoklah...
Ini Hana tunjukkan cara kerja two different courier services. Mungkin orang kata setiap kurier berbeza - beza tetapi dalam istilah efficiency, kita boleh nampak kurier mana lebih efficient.
Untuk Gdex service, kalau penghantaran memang satu perkara yang tak memuaskan
1) Kalau barang anda barang kecil - kecil
2) Kawasan rumah anda dilabelkan sebagai " kawasan pendalaman" oleh kurier servis
3) Anda bukan orang yang penyabar macam Hana
Janganlah memandai guna Gdex sebab akhirnya, anda juga yang sakit hati. Tapi
1) Kalau parcel anda besar gedabak,
2) Penghantaran terus ke office besar
3) Memang kawasan anda banyak ada van Gdex lalu lalang
Kemungkinan barang anda takkan diperam lama - lama seperti yang dikhabarkan. Jadi bersabarlah wahai pengguna kalau tak jalan juga barang anda tu, Hana sarankan bawaklah parang pegi mengamuk dekat depan office diaorang ya. (Gurau je..huhu)
Tapi sepanjang hidup membeli, Hana lebih suka menggunakan perkhidmatan Poslaju berbanding kurier lain. Poslaju lebih cepat, effisyen dan amanah dalam mengendalikan barangan pengguna. Ada Hana beli, sehari je dah sampai depan pintu rumah. Sangat pantas dan kawasan mereka cover pon banyak. Tak kira bandar atau kawasan kampung. Semua mereka redah asalkan barang sampai ke destinasi dan dalam tangan pengguna. Hebat! Salut gila dengan Poslaju. Abang - abang delivery dan kakak - kakak Poslaju pun sangat menjaga hati pengguna. Professional. Hehe. Puji melambung pulak.
Jadi untuk pengajaran, tengok betul - betul sebelum tekan check out. Tanya dahulu service mana yang penjual guna untuk penghantaran barang dan boleh request pada penjual untuk meminta mereka hantar menggunakan kurier pilihan anda atas budi bicara.
UPDATE! 22 DECEMBER 2017
Nak marah pun rasa macam bodoh pulak tapi serious, Gdex officially the worst courier in the world. =.=
Tadi pagi, dalam pukul 9.45 pagi call Gdex, and mujur lepas tiga kali call, dia angkat. Hana bagitahu kenapa status barang jadi Undelivered due to Unable to Locate?
Selamba si operator cakap, oh, rider mungkin tak jumpa rumah kot? Kalau akak nak barang cepat, boleh ambil barang kat HQ Malim. Hana macam what the heck?! Aku punyalah bayar mahal - mahal, kau boleh je suruh ambil barang kat Malim. Ingat aku tak ada kerja lain ke?!
Geram sebab dah peram lama sangat barang Hana tu, Hana terus je pecut ke Malim. Bila sampai tu, bukan Hana sorang je yang datang kutip, rupanya memang ramai. Muka semua ketat je aku tengok. Ada sorang abang ni, dia nak marah sebab barang dia berkurun tak keluar - keluar dari HQ KL. Dia request nak pergi ambil barang tu sendiri dekat warehouse tapi ada isu pula kat situ. So kesudahannya, Hana tak tahulah macam mana sebabnya, Hana datang kutip barang then blah. Rasa juga nak maki depan muka dia orang tapi itulah, kang viral tak memasal pulak. Hoho.
Anyway, Gdex teruk sangat!